Ustaz Kamal Yusof bersama Pengetua Maahad Tahfiz Al-Busyra
(22 Oktober 2020) Ustaz Kamal bersama Pengetua Maahad Tahfiz Al-Busyra Kuala Terengganu ketika penyampaian cenderamata

Pada 22 Oktober 2020(Khamis) lalu, Pengetua Maahad Tahfiz Manzil Furqan Kota Bharu, Ustaz Kamal Yusof Ar-Rantawi mengadakan diskusi buku ‘Rahsia Menghafaz Al-Quran’ kepada 30 buah sekolah terpilih termasuklah Maahad Tahfiz Al-Busyra, Kuala Terengganu. Diskusi buku ini diadakan sebagai sumbangan dakwah kepada ummah dalam mengenali Al-Quran serta teknik menghafaznya dengan lebih terperinci.

Seramai 50 orang pelajar di Maahad Tahfiz Al-Busyra mengikuti diskusi ini. Diskusi ini lebih kepada mengupas atau lebih mudah dikenali sebagai bedah buku tentang isi kandungan yang terdapat dalam buku ‘Rahsia Menghafaz Al-Quran’. Sebagai makluman tambahan, buku ini merupakan karya sulung yang ditulis oleh beliau hasil daripada pengalaman beliau sepanjang berada dalam bidang Al-Quran. Terima kasih diucapkan kepada Maahad Tahfiz Al-Busyra Kuala Terengganu kerana sudi menerima kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Menu