Falsafah utama MTMF ialah menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai asas dan panduan hidup.
MTMF berasaskan falsafah amalkan dahulu dan sampaikan kepada orang lain dengan prinsip qudwah hasanah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW yang mana Baginda beramal dengan apa yang didakwahkan, barulah para sahabat dapat mengikuti jejak langkah Baginda dengan lebih mudah.
Ringkasnya dalam perkataan BAHAS yang bermaksud Baca-Akur-Hafaz-Amal-Sampaikan.
Untuk mencapai hasrat ini MTMF mendimensikan pendidikannya kepada tujoh prinsip iaitu:
1. Yakin
2. Konfiden
3. Kreatif
4. Motivasi
5. Ganjaran
6. Nasihat
7. Paradiqma
VISI
Menyediakan peluang pendidikan untuk umat Islam dari dalam dan luar negara dalam bidang hafazan al-Quran (Ulul Albab) secara sistematik tanpa meminggirkan ilmu-ilmu lain sama ada ilmu-ilmu wahyu, bahasa asing, sains, teknologi dan kemanusian.
MISI
Melahirkan masyarakat yang menyintai al-Quran dan melaksanakan tuntutannya dalam kehidupan harian serta menyintai Allah SWT, Rasulullah SAW, sahabat r.a. dan orang- orang yang mengikuti mereka serta mengamalkan cara hidup umat salaf solef yang mengutamakan pengembangan Agama Islam dalam kehidupan mereka.
MOTO
Al-Hafiz Pintar
TEMA
2016 Bahagiakan Hidup Anda Bersama Al-Quran
2017 Mencapai Sasaran, Yakin Boleh
2018 Qudwah Hasanah, Tarbiah Hikmah
2019 Aktifkan Diri, Tingkatkan Prestasi
2020 Proaktif, Persistensi, Prestasi Cemerlang
