Ulul Albab ialah satu konsep atau falsafah yang terdapat dalam al-Quran yang bermaksud orang yang mempunyai kemahiran berfikir tinggi, intelek, kreatif, kritikal, mendalam untuk merenung jauh dari dunia hingga ke akhirat serta mampu menyelesaikan segala permasalahan hidup di dunia dan di akhirat. Orang ini sudah tentu mempunyai keimanan yang tinggi kepada Allah SWT dan hidup bersendikan Agama ISlam yang syumul.
Orang ini juga mempunyai daya intelek yang tinggi, kreatif dan dapat melahirkan idea-idea baru dan ciptaan- ciptaan baru. Ia mengenali dan berupaya mengawal minda separa sedarnya supaya tidak menurut hawa nafsu, sebaliknya menurut perintah Allah SWT dan RasulNya dengan sebaik-baiknya.
Ulul Albab merangkumi tiga komponen utama iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.
Quranik bermaksud menjadikan al-Quran sebagai asas untuk semua perkara dalam kehidupan termasuk dalam pengajaran dan pembelajaran. MTMF mengambil konsep quranik dalam pengajiannya. Keutamaannya ialah program al-quran yang merangkumi
a. pembacaan yang bertajwid
b. hafazan secara sistematik dengan sistem manzil
c. kefahaman yang betul melului bahasa Arab
d, amalan dan penyampaian yang betul
