-
Gabungan kurikulum al-Quran ( Ulul Albab ) dan semasa
-
Bimbingan daripada guru-guru dan ustaz-ustazah berpengalaman
-
Penguasaan kemahiran bahasa Arab dan Inggeris
-
Bahasa utama Maahad ialah Bahasa Arab dan Inggeris. Bahasa asing lain juga diajar
-
Sistem pembelajaran cepat :”Accelerated Learning”
-
Pengasas Bahasa Arab Shoutiah
-
Pengasas Sistem hafazan Al-Quran Manzil dan SPEAD
-
Pelbagai program pendidikan dan aktiviti untuk pembangunan personaliti murid
-
Program SPM Intensif Ekpress
-
Tempat yang Kondusif di Kg. Chempaka, Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan. Tempat yang strategik, hanya 2 kilometer daripada pusat Bandar Kota Bharu. Tidak jauh dari maahad ialah Bandar Baru Kubang Kerian yang terdapat kemudahan Maybank, BIMB, CIMB, masjid, pasaraya Maidin, Hospital USM dan lain-lain.Tidak jauh dari pusat bandar dan Balai Islam.Hanya 3 KM dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
-
Kemudahan persekitaran dan asrama yang selesa
-
Komitmen tinggi oleh ibu bapa dan penjaga
PROGRAM-PROGRAM UTAMA MTMF Sesi 2020/2021
Maahad ini menjalankan banyak program. Antaranya ialah tiga program al-Quran seperti di bawah.
- Program Sistem Manzil dan Sistem Deoband
Program ini diasaskan oleh Maahad ini sendiri. Dalam program ini pelajar Maahad dilatih menghafaz al-Quran dengan menggunakan Sistem Manzil yang boleh dilihat dengan jelas dalam buku Rahsia Menghafaz al-Quran Sistematik-Siri 1, karangan pengasas Maahad ini. Kaedah ini menggunakan hafazan secara bersistematik berpandukan lima rukun hafazan. Pelajar akan menghafaz secara sederhana antara 3 hingga 6 tahun untuk menamatkan hafazan 30 juzuk dengan pencapaian kualiti A. Untuk pelajar yang layak akan dimasukkan dalam dalam Sistem Deoband.
Contoh Enam Tahun Sistem Manzil & Sasaran Hafazan Al-Quran
Tahun 1 : 2 hingga 4 juzuk
Tahun 2 : 4 hingga 8 juzuk
Tahun 3 : 6 hingga 8 juzuk
Tahun 4 : 8 hingga 10 juzuk
Tahun 5 : 10 juzuk / Persediaan SPM
Tahun 6 : Ulangkaji al-Quran dan SPM
- Program SPEAD ( Sistem Pengajian Ekspres Al-Quran Dinamik )
Program ini juga diasaskan oleh Maahad ini sendiri. Program SPEAD ialah Sistem Pengajian Ekspres Al-Quran Dinamik yang memakan masa antara 1 hingga 6 bulan yang lebih mementingkan kuantiti bacaan dan hafazan sambil memelihara kualiti. Kualiti mungkin semakin berkurangan jika tempoh program semakin singkat. Program SPEAD boleh dipanjangkan tempoh hafazan antara 7 hingga 18 bulan.
Objektif Program SPEAD:
- Mempercepatkan tempoh khatam hafazan al-Quran 30 juzuk antara satu hingga enam bulan.
2.Memberi semangat kepada peserta bahawa al-Quran mudah dan mampu dihafaz walau dalam masa yang singkat.
- Memasukkan roh dan nur seluruh al-Quran dalam jiwa pelajar.
- Membersihkan jiwa pelajar dengan cahaya al-Quran.
- Melatih pelajar menyintai dan sentiasa mendampingi al-Quran.
- Program Kelas ‘Fast Track SPM’
Pembelajaran SPM cepat dan padat untuk pelajar mengambil peperiksaan dalam masa setahun. Pelajar diberian latihan belajar cepat dan padat untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
- Pelajar dari pusat pengajian agama lain boleh menyertai program ini.
- Pelajar dilatih untuk menguasai pelajaran dengan berkesan.
- Guru-guru dalaman MTMF menyediakan pengajaran dan latihan yang mencukupi.
- Saiz kelas yang kecil, tidak melebihi 20 orang untuk memudahkan guru fokus kepada setiap individu pelajar.
- Guru-guru mahir dan berpengalaman dari sekolah lain dijemput mengajar di MTMF.
- Pelajar-pelajar jaga diberikan motivasi dan teknik belajar yang baik dengan menyertai kem motivasi.
- Program Bahasa Arab Shoutiyah
Pembelajaran Bahasa Arab yang lebih mementingkan pendekatan pendengaran bunyi.
Para pelajar diajar bertutur sebelum menulis melalui pelbagai teknik-teknik dan pendekatan.
Objektif:
- Pelajar boleh bertutur Bahasa Arab dalam masa satu tahun pada tahap asas.
- Pelajar dilatih bertutur sehingga tahap sederhana dan tinggi.
- Ilmu Nahu dan Sorof diajar setelah pelajar menguasai teknik asas Bahasa Arab Shoutiah.
- Pelajar dilatih bercakap, pidato dan debat Bahasa Arab.
- Program Kelab Memanah
Pelajar akan diberi latihan memanah mingguan oleh jurulatih memanah supaya dapat dibangunkan potensi pelajar untuk di bawa ke peringkat yang lebih tinggi.
Objektif Kelab Memanah:
- Mengikuti sunnah nabi S.A.W.
- Melatih psikomotor pelajar.
- Melatih fokus pelajar.
- Melatih ketahanan fizikal dan mental pelajar.
- Melatih disiplin pelajar.
- Program 70 Skil
Sepanjang pengajian, pelajar akan diberikan latihan terhadap 70 kemahiran penting kehidupan. Antaranya ialah 15 kemahiran berkomunikasi yang dimulai dengan komunikasi Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris yang dikuasai pada dua tahun awal pengajian.
DASAR KURIKULUM PENDIDIKAN MTMF
- Hafazan Al-Quran dengan Sistem Manzil, SPEAD dan Deobandi.
- Pengajian Islam dengan pendekatan kitab moden dan tradisional (thurath)
- Penggunaan Bahasa Arab dan Inggeris sebagai bahasa utama maahad.
- ‘Compacting Syllabus’ dan ‘Accelerated Learning” yakni pembelajaran pantas.
- Program-program tempatan dan antarabangsa.
- Pelbagai ko-kurikulum untuk pembangunan kemahiran diri dan personaliti
- Pendidikan akademik arus perdana mengikut kurikulum KPM
- Peperiksaan awam KPM seperti SPM dan STAM
TUMPUAN KURIKULUM TAHUN TAHUN 1 HINGGA 6
- Tahsin dan tajwid bacaan al-Quran (1 hingga 6 bulan)
- Hafazan 2 hingga 30 juzuk al-Quran
- Fardhu ‘Ain (akidah,fiqh, tasauf, akhlak, bersuci, solat dll)
- Tulisan jawi, Khat Arab dan penulisan al-Quran serta terjemahan harfiah
- Asas Kawaid Nahu, Saraf Bahasa Arab dan Balaghah
- Ilmu Tafsir al-Quran dan Ulumul Quran
- Sejarah al-Quran dan Asas Ilmu Qiraat
- Ilmu Akidah, Fiqh dan Akhlak
- Ilmu Hadis dan ulumul Hadis
- Kemahiran Komunikasi Melayu, Arab dan Inggeris
- Kemahiran Berfikir
- Kemahiran Bersosial
- Pembinaan Personaliti Diri melalui pelbagai program dan aktiviti
- Subjek akademik seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Sains,Matematik Moden,, Kemahiran Hidup, Komputer, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
