Hari pertama Kem Tahfiz Cuti Sekolah, peserta sudah dapat kumpulan hafazan masing-masing mengikut umur. Peserta akan diuji hafazan yang paling asas sahaja iaitu peserta perlu hafaz 5 muka surat terakhir Al-Quran bermula dari Qariah hingga An-Nas. Ramai peserta yang ingat ayat dalam surah-surah tersebut, tapi tak ramai yang ingat susunan surah.
Oleh itu, sesi akan datang peserta akan didedahkan dengan kaedah hafazan menggunakan Sistem Manzil supaya mereka tahu bagaimana untuk menyusun surah-surah yang dikatakan sebentar tadi.
#surah #hafazan #kemtahfiz #alquran

