SUKAN MEMANAH PESERTA KEM BANAT

Aktiviti sukan memanah kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi bagi umat Islam kerana sukan memanah merupakan sukan yang dicintai Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bazzar dan Thabarani: “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” Dimainkan secara moden dan tradisional, memanah secara tradisional juga mempunyai keistimewaan tersendiri dan dilihat mempunyai kelompok peminatnya terutama yang meminati elemen kemelayuan.
Pada sebelah petang, peserta banat diberi latihan memanah tradisional oleh Ustazah Raihan. Semoga sukan sunnah ini dapat memberi semangat kepada peserta untuk mendalami lebih lagi dalam sukan memanah. In Shaa Allah.
Berminat memanah? Jom daftarkan anak-anak Tuan Puan ke Maahad Tahfiz Manzil Furqan (MTMF) Kota Bharu. Hubungi segera Ustaz Kamal (Mudir maahad) di Whatsapp 0197121543 sebelum pendaftaran penuh. Terhad kepada 20 pelajar tahfiz baharu sahaja.
#memanah #pelajartahfiz #sukansunnah #berkuda #memanahtradisional
