MTMF merupakan satu badan Pendidikan Swasta yang melaksanakan kurikulum Ulul Albab Murabbi Ummah tanpa meminggirkan pendidikan arus perdana. Asas pendidikan ialah Tahfiz al-Quran 30 Juzuk dengan hafazan yang cemerlang yakni gred A, di samping memahami ilmu-ilmu al-Quran, mengamal dan menyampaikannya.
Pendidikan bahasa seperti Bahasa Arab dan Inggeris menjadi asas penting yang mana para pelajar dilatih bertutur dalam bahasa ini pada awal tahun pengajian . Pendidikan sains teknologi dan kemanusiaan juga dilaksanakan yang mana terdapat peperiksaan seperti SPM untuk para pelajar.
Selain kecemerlangan agama bahasa dan akademik , para pelajar di latih sehingga 70 kemahiran-kemahiran penting untuk kehidupan melalui program-program tempatan dan antarabangsa yang dilaksanakan di MTMF.
Peringkat permulaan para pelajar dilatih 10 kemahiran asas al-Quran. Di dalam setiap kemahiran terdapat pelbagai kemahiran lain pula. Pelajar dilatih sehingga benar-benar menguasai kemahiran tersebut.
