Ustaz Ahmad Kamal Bin Md Yusof berasal daripada Rantau, Negeri Sembilan dan kini menetap di Kota Bharu, Kelantan
Beliau pernah melalui beberapa institusi pendidikan seperti sekolah, pondok, madrasah dan universiti. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Syariah, Universiti Jordan, Amman dan Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menuntut beberapa tahun dalam jurusan Pengajian Islam di Jamiatul Ulum al-Islamiah, Karachi, Pakistan dan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Semenjak pulang ke tanah air pada tahun 1995, beliau bertugas sebagai tenaga pengajar di beberapa buah sekolah kerajaan dan swasta serta pensyarah di universiti dan kolej di dalam negara. Semasa mengajar, beliau pernah terlibat secara langsung sebagai guru tahfiz al-Quran. Beliau juga berpengalaman di dalam bidang perundingan dan latihan di dalam pembangunan insan sejak 1999 sehingga kini dan pernah menjadi pakar runding di dalam agensi kerajaan dan swasta.
Kini beliau sebagai perunding kepada program hafazan al-Quran bersama Akademi Dakwah dan Taklim yang beliau tubuhkan. Seminar dan bengkel yang dikendalikannya di seluruh Malaysia ialah Strategi dan Rahsia Menghafaz al-Quran dengan Sistematik. Di samping menjadi pendakwah bebas dan penulis, beliau juga menjadi tenaga pengajar di pusat-pusat pengajian Islam di Kelantan. Kini beliau telah menubuhkan Maahad Tahfiz Manzil Furqan di Kota Bahru, Kelantan.
Beliau ialah penulis buku: “Rahsia Menghafaz al-Quran Sistematik” yang kini berada di pasaran kedai-kedai buku.
Program yang ditawarkan di MTMF:
- Hafazan Sistem Manzil.
- Hafazan cepat SPEAD.
- Bahasa Arab Shoutiah.
- Pengajian Agama Turath dan Moden
- Pembelajaran SPM Ekspres Intensif.
- Pembangunan Kemahiran Personaliti
“Al-Hafiz Pintar”
