MAAHAD TAHFIZ MANZIL FURQAN

Maahad Tahfiz Manzil Furqan atau ringkasnya MTMF yang dirancangkan penubuhannya pada tahun 2014 dan berjaya ditubuhkan pada tahun 2015 merupakan satu badan pendidikan swasta berasaskan konsep dakwah dan taklim ummah, beribu pejabat di Lot 281, Kg. Chempaka, Pengkalan Chepa, 16100, Kota Bharu, Kelantan. MTMF  adalah sebuah organisasi tidak berpolitik kepartian dan bukan bermatlamat keuntungan.

Pendaftarannya dengan SSM dengan nama Maahad Tahfiz Manzil Furqan, nombor syarikat: KT 0395155-D, didaftarkan di Kota Bahru, Kelantan. Ia juga berdaftar di bawah MAIK dan JAKIM yang mengawal institusi Pendidikan Agama Islam dengan nombor rujukan pendaftaran: MAIK.D231/A/647/3-49 dan nombor daftar: 2018/005. (lihat lampiran)

Penempatannya di atas sebidang tanah seluas 2.5 ekar di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. MTMF  menempatkan pelajar terkini iaitu seramai 60 orang dalam kelas hafazan al-Quran, kelas menengah dan kelas SPM; pelajar-pelajar dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur. Ia adalah satu wadah untuk umat Islam mempelajari ilmu al-Quran, dakwah, ilmu-ilmu Islam, ilmu-imu semasa dan menghayati serta menyebarkannya. MTMF  adalah berlandaskan Akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah di mana sumber rujukannya ialah al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. MTMF  sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak dan institusi untuk menjayakan segala program-programnya. Beberapa program telah dirancang untuk MTMF  dan sebahagiannya telah berjalan dan terus berkembang maju. Di antara program-program yang telah berjalan, sedang dan akan dibuat ialah:

 Penerbitan buku-buku agama melalui Manzil Furqan Publication.

  1. Ceramah dan Bedah Buku ‘Rahsia Menghafaz al-Quran’ di seluruh negara.
  2. Bengkel Rahsia Menghafaz al-Quran di seluruh negara
  3. Kem Hafazan al-Quran dan ‘Smart Muslim’
  4. Kem ‘Smart Solat’.
  5. Kem Motivasi Al-Hafiz Pintar Mukhayyam Ulul Albab (30 hari) di Kelantan dan Selangor.
  6. Mukhayyam Ulul Albab (3 hingga 7 hari) Bengkel Ilmu-ilmu Islam.
  7. Kelas-kelas pengajian dewasa seperti Kelas Bahasa Arab, Kelas Tajwid dan Kelas Hafazan al-Quran.
  8. Program Intensif SPEAD (Sistem Pengajian Ekspres Al-Quran Dinamik).
  9. Kerjasama dengan pelbagai agensi dan organisasi sepeti masjid-masjid dan jabatan-jabatan.
  10. Pembangunan Kompleks Maahad Tahfiz Manzil Furqan.

MTMF melaksanakan  program dan kurikulum berikut:

  1. Program SPM dan akademik
  2. Hafazan al-Quran 30 juzuk Sistem Manzil dan SPEAD. 
  3. Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris sebagai bahasa utama dan pengantar.
  4. Pengajian kitab-kitab Arab Tradisional (Turath)
  5. Pengajian al-Quran dan kitab bersanad
  6. 70 kemahiran asas individu
  7. Aktiviti ko-kurikulum seperti berkuda, memanah dan silat
  8. Badan beruniform, kelab dan persatuan
  9. Program firqah dan akhi
  10. Program-program motivasi

Bidang pengajian ditawarkan sesi 2021 untuk pilihan pelajar seperti berikut:

  1. Tahfiz sepenuh masa sistem manzil
  2. Tahfiz serta Diniyyah (agama), Bahasa Arab, kitab lama dan baharu
  3. Tahfiz, diniyyah dan akademik
  4. Tahfiz (Sistem SPEAD) dan SPM
  5. SPM dan Sistem Manzil
  6. SPM kelas intensif ekspres

Menu