Alhamdulillah, selesai sesi pendaftaran & taklimat bersama ibu bapa dan peserta untuk Kem Tahfiz Cuti Sekolah Sesi Disember 2023 pada jam 10.15 pagi hari ini. Sebanyak 109 peserta yang berdaftar termasuk peserta harian dan asrama, serta peserta lelaki dan perempuan. Pendaftaran berjalan dengan lancar dan baik, sambil dibantu pelajar-pelajar MTMF.
Selesai sahaja sesi taklimat, semua peserta diarahkan untuk bersarapan manakala ibu bapa penjaga akan meninggalkan anak-anak mereka di Maahad Tahfiz Manzil Furqan.
Didoakan semoga semua peserta dapat menghafaz Al-Quran dengan markah gred A+ sepanjang berada di kem ini. In shaa Allah pasti boleh!
#maahadtahfiz #kemtahfiz #kemcutisekolah #hafazquran


































